Posted on Leave a comment

NANI’S CUCUR BADAK (Resepi Tradisional Asli Turun Temurun, Rasa Sama Sejak 1998)

Kuih cucur badak segera sejuk beku keluaran jenama Nani’s ini sudah berada di pasaran semenjak tahun 1998. Kualiti? LIMA BINTANG !!. Makan sekali pasti akan jatuh cinta, jatuh suka, jatuh hati dengan coqbadak kami.
Kami memberi jaminan Kualiti dan rasa yang sama sejak 20 tahun dahulu.
Cucur Badak ini dihasilkan di kilang berstatus Halal JAKIM, GMP, HACCP di Jeniang, Kedah.

Kuantiti : 10 biji setiap pek
Jangkahayat : 12 bulan (dalam simpanan dingin beku)
Kandungan : Ubi keledek, kelapa parut, tepung gandum, cili, serai [TIADA kandungan udang]

Cara penyediaan: Panaskan minyak dengan api sederhana > Keluarkan #cucurbadak dari dingin beku > masak dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana (suhu 150C) selama 10 minit atau sehingga #cucurbadak berwarna oren keemasan > angkat dan toskan.
**Amaran: jika masak di dalam api kuat, #cucurbadak boleh menjadi keras/hangit/inti masih sejuk di dalam

Airfryer : Keluarkan dari freezer > masukkan dalam airfyer > set suhu 175C, masak 10 minit

Cara penyimpanan : Simpan dalam dingin beku (suhu -18C ~ -25C)

Ubi keledek kaya dengan vitamin C.
Kami juga menyediakan pembekalan secara pukal untuk catering atau majlis keraian. Nak buat sumbangan kenduri makan di masjid pun boleh.

#segera #kuihsegera #airfryer #rajinmasak #mudah #kenduri #jamuan #kuihtradisional #cucurbadak #makanansihat #convenient #malaysianfood #sweetpotato #healthyfood #coconut #kelapa #coqbadak #frozen #bmf

Posted on 4 Comments

PEMBUNGKUSAN PRODUK SEJUK BEKU

Ada peniaga/pengusaha tidak begitu kisah akan bab pembungkusan ini. Asalkan berbungkus rapi, di seal kejap udara, ada nama & nombor telefon lebih kurang, boleh dah.
Tak kurang juga yang berhabis ribuan ringgit untuk produknya kelihatan menarik di mata pembeli. Daripada photography, design hinggalah ke percetakan dipastikan menggunakan khidmat rakaniaga yang mahir dan professional untuk hasil yang mantap.

Pada saya, baik yang tak kisah atau yang betul-betul kisah yang paling penting adalah pengetahuan tentang pembungkusan. Kenapa? 
Sebab design yang lawa pun tidak ada guna kalau pembungkusan tidak dapat melindungi isi di dalamnya:

So, apa yang perlu tahu tentang pembungkusan ni?

Pertama sekali, kena tahu jenis material. Kita ambil contoh, plastic. Terdapat pelbagai jenis plastic dalam pasaran. Bagaimana nak memilih plastic yang paling sesuai untuk produk sejuk beku?

Untuk packaging sejuk beku, kena pastikan guna plastik material jenis PE. Ciri-ciri plastik PE:

1) warnanya tidak kelabu/pudar/sebam. Yg biasa guna bungkus air ikat tepi tu jenis PP/BOPP. Kan kalernya tak begitu transparent sangat kan.

2) Liat. Tidak mudah koyak/pecah. Ciri ini sangat penting untuk produk sejuk beku kerana plastic ini akan disimpan di dalam freezer bersuhu -18C hingga -23C. Kalau salah pilih material, plastic boleh pecah bila beku nanti.

Selain PE, boleh juga guna material nylon yang semakin up sekarang ni. Tapi…bajet pun up sikit lah.?

Next, ketebalan. 
Ketebalan plastic ni biasanya kalau kat label dia akan ditulis first sekali selepas material. 
Contoh label: PE 08_7X10. 
Label ini bermaksud>> plastic jenis PE, ketebalan 80micron, dimension 7inchx10inch.

Macamana nak tahu ketebalan plastic yang sesuai utk produk kita?
> Kalau pembungkusan tersebut adalah bungkusan produk akhir, maka ketebalan yang disarankan adalah antara 06 hingga 08. Contoh seperti #cucurbadaknanis atau #cucurkacangnanis. Lebih tahan lasak (durable) berada di display freezer.

> jika untuk kegunaan pembungkusan dalaman sahaja (maksudnya ada 2nd layer packaging lagi contohnya kotak atau 2nd outer wrapper) macam #karipappusing atau #donatnanis yang ada box, maka thickness yang diperlukan utk pek di dalam memadai 01 hingga 03 sahaja. 
.

Ada yang kata; elok ja saya guna plastic PP yang bungkus air tu letak kuih frozen saya. Tak pecah pun.

Jwpn saya: Tak pecah tak mengapa. Saya berkongsi untuk info. Esok kalau produk awak pecah semasa di tempat pelanggan, sekurangnya awak dah tahu kenapa dan boleh buat corrective action segera.?

#nanisfrozen
#sharingiscaring

Posted on Leave a comment

MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN

“Wah…maju bisnes akak ye? Tak terfikir nak kembangkan ke? Buka cawangan ke..”
“Teringin tu memang teringin dik…tapi kak tak tahu cara. Silap langkah takut bungkus pula. So..akak decide…stay macam ni lah”

Ini antara dialog biasa saya sering dapat bila berbual dengan peniaga-peniaga yang bisnes mereka nampak sakan. Tapi, tak berani atau tidak tahu bagaimana nak scale up (kembangkan bisnes). Sudahnya, ramai yang stuck di satu-satu level asalkan cukup makan, simpan, etc.

Ya. Kebanyakan mereka sudahpun bergelar jutawan – berdasarkan simpanan di bank.
Sudah mampu naik haji dengan simpanan hasil jualan harian. Sudah mampu besarkan rumah untuk kehidupan lebih selesa. Tapi mereka memilih untuk hidup sederhana. Malah berniaga juga sederhana.

Tidak. Tidak ada salahnya langsung. Boleh saja terus begitu. Ikut kesesuaian dan kemahuan masing-masinglah. Tak boleh la nak condemn orang yang tak mahu besarkan perniagaan.
Bisnes mereka. Suka hati mereka lah.

Habis tu, kenapa nak kena bincang tajuk KEMBANGKAN PERNIAGAAN ni?

Sebab dengan mengembangkan perniagaan, lebih ramai orang yang akan beroleh manfaat daripada perniagaan kita. Sebab itulah Nabi s.a.w menggalakkan umat baginda berniaga.
9/10 daripada sumber rezeki adalah melalui perniagaan.

Antara MANFAAT dengan berkembangnya sesuatu perniagaan:

  1. Lebih ramai PEKERJA diperlukan.
    Bayangkan anda mempunyai 50 orang pekerja. 40 orang pekerja sudah berkeluarga dan mempunyai sekurangnya 2-4 orang anak. Perniagaan anda telah memberi manfaat kepada lebih 150 orang setiap bulan. MashaAllah.
    Dengan kadar pengangguran yang dah mencecah 440,000 orang tahun 2019 ni, bisnes kecik kita pakai 2-3 staf satu kedai, kalau tambah satu kedai dah boleh gajikan 2-3 orang lagi.
    Berkurang sikit kadar pengangguran kepada 399,997 orang dah.
  2. Lebihan rezeki kepada PEMBEKAL.
    Kalau dulu semasa berniaga kecil-kecilan, kita ambil stok kat satu pembekal katalah dalam RM2000 sebulan. Katakan kita ada 3 pembekal utama.
    Dengan berkembangnya perniagaan, kita memerlukan stok tambahan lagi 3 kali ganda.
    Secara tidak langsung, ketiga-tiga pembekal juga akan mendapat manfaat peningkatan jualan sebanyak 3 kali ganda hanya daripada perniagaan kita. **sekiranya anda tak tukar supplier lah. 😀
  3. Lebih pendapatan, lebih bayar ZAKAT.
    Sebagai umat Islam, ini adalah kewajipan. Jangan sembunyi. Jangan kurang nilai. Jangan kecoh. Bayar zakat perniagaan secara telus. InsyaAllah…berkat perniagaan kita.
    Bila perniagaan dah besar, pendapatan pun dah semakin besar..zakat pun semakin banyak kita bayar..maka lebih ramai asnaf akan beroleh manfaat.
    Ye la..bukan le kita sorang dapat ubah dunia..tapi peningkatan itu bagus.

Nampak dah kan manfaatnya kalau kita kembangkan perniagaan?
Macamana? Masih ada takut atau bimbang lagi?

Sedikit panduan bagaimana hendak kembangkan perniagaan. (based on experience ye)

  1. Cari mentor. Penasihat. Pembimbing.
    Ya. Cliche je bunyinya. Tapi itu hakikat. Nak belajar, kena ada guru. Yang boleh BIMBING. Yang boleh TEGUR bila kita buat silap.
    Cari mentor yang berpengalaman lama dalam dunia perniagaan. Dia dah pernah lalui macam-macam selok belok onak duri dunia perniagaan. Minta nasihat dia bagaimana nak buat sesuatu.
    Belajar untuk tidak mengulangi kesilapan guru kita.
  2. Jaga adab dengan guru/mentor.
    Jangan terdetik sedikit pun niat di hati nak “lawan” mentor kita tu.
    Selalu merendah diri dengan mentor.
    Tahu kebanyakan orang berjaya dalam perniagaan (yg saya tahulah) buat apa dengan mentor mereka? 8/10 mengatakan mereka angkat beg guru mereka. Ya. Angkat beg guru adalah tanda merendah diri kita kepada guru dan kesediaan kita menjadi ‘pengikut’ dia.
  3. Jangan buat kerja seorang diri. Delegate. Leverage skill dan pengetahuan orang lain.
    Beri kepercayaan kepada staf buat kerja. Bimbing mereka. Beri ruang staf buat silap.
    Ajar mereka betulkan kesilapan dan pastikan tidak berulang.
    Kalau kesilapan sama asyik berulang, boleh smackdown dia. Hahaha.
  4. Buat no.1,2.3 insyaAllah…jalan untuk berkembang tu akan datang sendiri nanti. Dah ada ilmu, ada guru, ada pembantu….adalah jalan tu. 😉

Kami tidak sempurna. Tidak pernah dan tidak akan.
Apa yang kami tahu kami kongsi.
Lagipun, ilmu dan harta dunia semua milik Allah. Pinjaman saja pada kita.

Posted on Leave a comment

Metal Detector Dalam Pengilangan Makanan

Tak kisahlah samada anda outsource production produk anda secara OEM atau Contract Manufacturing (baca artikel berkenaan di sini) WAJIB untuk anda sebagai pemilik produk pastikan pengilang anda mempunyai peralatan ini.

Metal Detector atau Alat Pengesanan Metal

Kenapa wajib? Kenapa penting?

Sebab sebagai pengeluar produk makanan yang bertanggungjawab, kita wajib memastikan setiap produk yang kita keluarkan kepada pengguna adalah SELAMAT untuk dimakan.

Bila ada alat pengesan metal ni, satu aspek insyaAllah selamat iaitu produk anda terjamin daripada pencemaran bendasing metal.

Alat ini berupaya mengesan kehadiran metal atau stainless steel sekecil 1 milimeter di dalam produk mahupun di dalam pembungkusan produk. Terbenam lah sedalam mana pun bendasing tersebut di dalam produk, pasti akan dapat dikesan jua.

Antara bahaya bendasing metal (metal hazard) yang berpotensi atau lazim dikesan di dalam produk makanan:

– metal tip – sumber daripada mata pin, serpihan peralatan, serpihan mesin , mata grinder
– dawai kokot (peluru stapler)
– skru – terjatuh dari mesin/ peralatan atau tercemar semasa dalam bahan yang dibekalkan.
– steel wool – sebab itu dalam kilang pemprosesan makanan, tak boleh guna steel wool untuk cuci peralatan. Bahaya!
Dan macam-macam lagi sumber metal yang lain. .

Jadi, sebagai pengeluar bertanggungjawab, wajib lah anda memastikan produk yang anda keluarkan selamat untuk dimakan. Dengan adanya metal detector ini, sekurangnya satu aspek pencemaran bendasing dah dapat ditapis iaitu pencemaran bendasing metal.

InsyaAllah..takkan sampai kepada pengguna produk anda terjumpa skru, dawai kokot, steel wool, bolt, nat, pin, dawai , wayar dan sebagainya.

Halal itu sepasal. Selamat itu satu hal yang lain.
Halal belum tentu selamat. Selamat juga belum tentu halal.
Kedua-duanya penting untuk pengguna.

Website: www.nanis.com.my
Online store: www.nanis.com.my/shop
FB : fb.com/nanisfrozen

Salam bisnes untuk semua.

Posted on 2 Comments

Contract vs. OEM Manufacturing

Ambang Dorongan Sdn Bhd (ADSB) adalah PENGILANG produk makanan jenama Nani’s.
Kilang ADSB yang terletak di Jeniang, Kedah telah diakreditasi kilang pemprosesan makanan yang berstatus GMP, HACCP & Halal.

Aktiviti utama ADSB adalah mengilang produk makanan. Justeru, pembangunan infrastuktur, pelaburan untuk premis teraudit, pembangunan kapasiti, skilled labour dan manufacturing experts adalah cup-of-tea kami. Tanggungjawab utama kami sebagai pengilang adalah memastikan semua produk yang kami dihasilkan selamat untuk pengguna.

Dengan semua fasiliti dan infra yang telah dibangunkan ini, mungkin ramai tidak tahu bahawa ADSB juga membuka ruang untuk pengilangan kontrak atau pengilangan secara OEM di premis kami ini. Sedikit yang mengetahui telah lama mendapat manfaat dari kami.

Jom kami kongsikan sedikit apa itu OEM & Contract Manufacturing.

Contract Manufacturing / Pengeluaran Kontrak

Pengeluaran Kontrak adalah penghasilan sesuatu produk oleh pengilang untuk syarikat lain secara kontrak. CM adalah suatu bentuk oursourcing di mana pemilik produk akan membekalkan maklumat rekabentuk produk kepada pengilang dan pengilang menghasilkan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan olek syarikat sebagai kontraktor pengeluar.

Antara kelebihan Contract Manufacturing

1. Pemilik produk tidak perlu membeli atau melabur untuk segala keperluan, peralatan atau fasiliti yang diperlukan untuk penghasilan produk.
2. Pemilik produk tidak perlu runsing memikirkan untuk mengambil pekerja terlatih, melatih pekerja, menggaji tenaga mahir, dsb. Semuanya pengilang yang akan pastikan.
3. Ada kemungkinan besar kos pembelian bahan mentah akan menjadi rendah jika pengilang membeli bahan mentah secara pukal – untuk production pelanggan mereka yang lain juga. 
4. Pemilik produk boleh fokus kepada lain-lain aspek dalam perniagaan mereka seperti membangunkan produk dan jenama, pemasaran, pengedaran, dsb. Biar pengilang runsingkan masalah penghasilan produk anda.
5. Contract Manufacturing ni dah biasa dalam industry lain seperti medical, automotif, pertahanan dan yang paling common di Malaysia; kosmetik.

OEM (Original Equipment Manufacturer)

OEM merujuk kepada pembikin asal sesuatu produk. OEM menggunakan produknya sendiri untuk menjual sesuatu jenis produk meskipun produk tersebut dipasarkan oleh pengilang atau syarikat lain. 

Contoh ; OEM yang menghasilkan komponen bateri jenama Yokohama. Bateri Yokohama ini kemudiannya digunakan di dalam penghasilan kereta Proton contohnya. Kereta Proton yang siap akan dijual kepada pengguna oleh syarikat penjual kereta. 
Orang tak saja-saja pi beli bateri kereta. Hanya pemilik kenderaan akan beli bateri Yokohama. 
Jadi, pengguna bateri Yokohama adalah pemilik kenderaan.

OEM lazim ditemui dalam industri automotif, komputer, software komputer dan telefon bimbit.

Dalam contoh ADSB lain sedikit sebab industri makanan. 

Pelanggan boleh membeli karipap yang dihasilkan oleh ADSB untuk dimasukkan dalam senarai menu catering/restoran/cafe dan dinamakan dengan nama pelanggan sendiri. 

Contoh: Cafe Siti membeli karipap dari ADSB dan dijual di Cafe Siti dengan harga premium dan dinamakan Karipap Premium Siti.
Sekiranya pengguna makan karipap itu sedap, dan hendak repeat atau recommend kepada kawan-kawan, mereka akan cari/recommend Karipap Premium Siti di Cafe Siti. Bukan nani’s atau ADSB. 

Karipap Vege Nani’s

Jika anda adalah pemilik produk tidak kiralah jenis product  founder atau jenis Karipap Premium Siti, yang paling utama dalam memilih rakan pengilang (manufacturing partner) adalah kepercayaan, saling memahami dan menghormati satu sama lain, kualiti, tanggungjawab dan membina hubungan niaga yang baik.

Kalau ada yang ingin OEM atau Contract Manufacturing di Ambang Dorongan untuk sebarang jenis produk makanan, boleh hubungi kami di talian rasmi 04-4647125 atau kunjungi kami di <google maps location : Nani’s Frozen Food>. Kita jumpa dan bincang dulu. 😉

Credit sumber: https://aztecplastic.com/Contract-vs-OEM-Manufacturing.htm